Khamis, 23 Jun 2011

aku ingin kembali...

sedar tak sedar,semakin jauh diri dari landasan,
semakin hitam titik-titik hidup,
semakin hilang norma jiwa,
semakin gelap insani sendiri.

Insan yang dulu suci jiwa,
Kini sesat dalam dunia
Yang dikejar untuk nikmat
Yang mengejarnya musibat

Bukannya tak sedar sesekali,
Rosak tak rosak hidup dalam dunia,
Cuma akal dimatikan
Azazil menjadi tuan.

Pabila tiba masa nikmat hilang,
Mula mencari jalan kembali
Nama tuhan berulang kali diseru,
“ya tuhan,ampunkan hamba!”

Masihkan ada cahaya untuk jiwa,
Bila hati dan minda turut serta gelap
Hilang dari sinar rahmat
Kurnia ilahi yang tak pernah disyukuri

Ya tuhan,aku mahu kembali
Lurus di landasan sucimu

Terima aku kembali ,tuhan
Aku ingin hembus nafas akhir dengan mulia
Bukan jijik dalam dosa durjana
Bukan hina jahanam celaka

Sememangnya aku tak layak ke taman firdaus mu,tuhan
Namun aku tidak sanggup menahan siksa neraka mu
Yang kau janjikan untuk umat hina seperti aku.
Cuma satu doaku setiap kali ku sujud kepada mu,
Terima aku kembali,tuhan yang esa.


 (ini hasil karya gua untuk subjek pengajian islam.gua bukan jenis ambil karya orang lain,ok?)

p/s : kakak,gua minta maaf. :(

Tiada ulasan:

Catat Ulasan