Rabu, 14 Disember 2011

sekadar.

hoyeh!
kalau takat sekadar bergurau,boleh terima.
setakat sekadar bergembira,boleh terima.
sekadar yang mana mampu,tak boleh terima!
sekadar yang mana mampu = putus asa.
usaha hingga berjaya,baru osem! :)

Isnin, 5 Disember 2011

salah?

tak salah mengaku salah, cuma betulkan apa yang salah. :)

Selasa, 15 November 2011

sila belajar Bahasa Inggeris.

fuyoh! teguran berisi kemarahan. KAHKAHKAH!
itu lah,orang lain nak ber-blog,lu pon nak sama. sampai tak reti beza POST dengan LABELS.
ok.ini kuih BANGANG berinti BENGAP. bukan tak dapat A untuk Bahasa Inggeris masa SPM dulu.
"buka mata luas-luas la.." gua rasa,lu yang patut buka mata sampai tak tau beza POST dengan LABELS.
memalukan. puih! KAHKAHKAH!

oh ya,kalau gua buka mata,memang luas,sebab mata gua bulat dan besar. :)

Khamis, 10 November 2011

hoyeh!

setiap manusia mampu berubah.
A :"tedia!sampai dah selawat2 bagai hang ni!"
Gua : kira ok la dari gua mencarut. sekurang2nya dapat tampung dosa gua yang bertimbun.
A : *senyap.
Gua : *mengantuk.aircond kuat sangat! :)

#memang sifat manusia,tak boleh tengok manusia lain berubah ke arah baik. gua pon sama,kadang2 ada sifat tu. tak boleh elak. bob lokman berubah,siap nak kena naik turun mahkamah. megat ACAB,macam2 cerita "bau stokin peram sebulan dalam baldi" dok ada,dulu lah! ini memang kebiasaan,gua tak kisah.semoga semua turut berubah ke arah kebaikan. :)

*untuk seseorang,gua minta tolong buang label Mr.L tu boleh? :)
*untuk A,hidup kita tak lama.mampu ka nak tampung dosa yang dah sedia bertimbun? :)
*untuk raksasa gua,"ore saye ko awok". :) :) :)
*untuk semua,gua memang bukan seorang yang cukup lima waktu solat,tapi gua masih ada keinginan jejak syurga. :)

Isnin, 3 Oktober 2011

geli tekak

ahh! takda fuyoh!
gua tengah geli tekak ni.
melampau ja gua rasa bila baca kaum sejenis gua menulis guna tulisan kecik-besar,bahasa "eew".
dah macam celaka.
sumpah geli tekak!
GUA MINTA MAAF KALAU ADA YANG TERASA. XD
tapi tak perlu kot nak dramatik,tunjuk yang konon lu comel guna gaya tulisan macam tu.
memang comel,sampai geli tekak gua!



KAHKAHKAH!!

Jumaat, 30 September 2011

tendang bakul sampah.

fuyoh!
tadi gua (dalam cubaan nak) telaah subjek Islamic Studies untuk periksa akhir semester,
tapi tak berhasil.apakan daya.
gua pon dengan selamba update status fesbuk gua : "cak pom pom.cak! *masih tak masuk ilmu dalam otak."
gua rasa,atas dasar tidak sanggup tengok makin ramai anak bangsa malaysia menjadi sampah dalam masyarakat,
seorang insan yang suka makan nasik tegur gua dengan meng'komen' di status gua.
gambar menerangkan semua.

menarik kan?beliau mengakibatkan gua mencapai sebatang asap dan berfikir sejenak.
cuma ini yang mampu gua kata - "terima kasih,sir"

*sircharlie verona,kalau lu baca ni,nanti tuntut nasik dekat gua. XD

Rabu, 28 September 2011

ok

fuyoh!

buka buku,tutup mata.
tutup mata,mendap minda.
buka mata,tutup buku.
tutup buku,tutup ilmu.


(periksa akhir semester dah sampai.selamat berjuang.)
ok.

*gua jatuh,gua bangun.
*lu jatuhkan gua,lu juga yang semangatkan gua untuk bangun terus hidup.
*tak pernah jadi lagi,gua jatuh tak bangun terus.

Ahad, 28 Ogos 2011

perjalanan syahdu ( laju gila! )

fuyoh!
sampai juga gua ke kampung halaman.
sampai terus salam tangan amma appa gua.hoyeh.
tapi agak terasa syahdu bila sampai di RnR sungai perak,tayar pecah!
gua bersama mancongek meratap sayu,sulam dengan lagu raya s.jibeng yg petronas udarakan.
tayar pecah,lagu syahdu,dah macam tak nampak kampung masing-masing.
cik raksasa,jangan risau pelik sangat.gua dah sampai.selamat.
oleh itu,apa kata gua nak selesaikan kerja yang patut gua selesaikan : tidur.

p/s : gua tak tau macam mana nak yakinkan seorang raksasa.lagi syahdu.

Sabtu, 27 Ogos 2011

selamat hari raya!

fuyoh!
ramadhan dah nak habis.
syawal dok sampai.
puasa penuh ka???
itu persoalan.
jawapan???

(gua celaka beberapa hari,akibat nafsu makan dan asap suci.hehe)

p/s : sabtu malam ahad,bertolak pulang seorang anak rantau ke kampung halaman dia.doakan dia selamat.
lagi satu p/s : i love you.gua tak main-main,waima bergurau.lain kali jangan tipu gua macam itu dah. XD

Rabu, 3 Ogos 2011

mampu?

fuyoh!
periksa dalam ramadhan betul mencabar mentaliti gua sebagai mahasiswa.
tapi takpa,"nabi dulu berjuang dalam bulan ramadhan tau?".
osem.tiga lagi dok mai.sabar.

*jumaat,lepas berbuka,gua nak balik sana.

Isnin, 1 Ogos 2011

ramadhan satu

fuyoh!gua bersahur dengan kawan-kawan rumah gua ni,siap ada ayam goreng,ayam masak kicap.osem!
petang ni ada perang dengan soalan pulak dah!haih.takpa,otak gua akan diduga sehebatnya petang nanti.
lepas selesai perang,boleh siap-siap nak berbuka puasa bersama "keluarga" gua kat sini kot?sah,bermacam-macam gelagat boleh nampak hari ini.takpa,gua dan semua osem!sebab semalam ustaz kat masjid besar shah alam dah cakap hari ini ada bubur lambuk,hahahaha!memang ada lah muka gua di masjid!

*sebab gua osem sangat,ni video gua sempena ramadhan.sumpah gua rindu amma,appa,adik2 gua,nenda gua yang berada jauh lebih kurang 370km dari gua.rindu zaman puasa di hostel.rindu yang buat gua tak osem ni!haih.

selamat berpuasa.

Sabtu, 30 Julai 2011

salam ramadhan

hoyeh!
ramadhan datang lagi.
ramadhan lepas gua hanyut,
ramadhan ni macam mana?
semoga iman gua kukuh
dan takda bau rokok di siang hari dalam rumah ni.
tak mampu balik berbuka puasa bersama keluarga di sana.
takpa,keluarga di sini ada lagi.
semoga iman gua kukuh ramadhan kali ini.
amin.

(hari pertama ramadhan,hari pertama periksa tengah semester.berkecai otak gua!)

Isnin, 25 Julai 2011

sembang tiga beranak.

amma : "hang gila ka dok dengaq lagu-lagu macam ni?"


gua : "rilek lah,mak.lagu ja.bukan ada apa.."


appa : "you know you're right!" 


*bapak gua layan nirvana!osem!




(ini zaman gua masih di rumah.bukan gua tak perasan,bila kadang-kadang gua pasang cd nirvana,appa pon tumpang hentak kaki ikut irama.hahaha.osem tak appa gua?)


(lagi seminggu,tiba ramadhan.semoga ramadhan kali ini membuka pintu gelap gua.amin.)

Sabtu, 23 Julai 2011

osem.

fuyoh!

tadi mata gua bergenang cecair bila sembang hal "abang long kurus kering".
terima kasih,sahabat sehidup semati.kalau lu tak tolong bawak gua mai shah alam,teliti benda apa jadah MSU ni,gua tak berdiri di sini.lagu tema MSU pon kena dekat lu. " budi dan jasamu,kau sentiasa di hatiku...."

terima kasih,sahabat.banyak susah senang kita sama-sama walaupun baru dua tahun kita kenal.lu banyak bimbing gua jadi insan.gua ingat nama lu sampai bila-bila.sekali lagi terima kasih.

lu osem!

(tak perlu selindung dah kot?)

Khamis, 21 Julai 2011

lain macam.

sembilan belas julai : gua baran.

dua puluh julai : gua osem.

dua puluh satu julai : hati lain macam.

*apa celaka ni?gua nak osem setiap hari lah.haih.

*ini mungkin padah buat gua.


(terlampau selindung balik senyum,sakit.)

Selasa, 19 Julai 2011

dilamun cinta?kahkahkah.

fuyoh!gua rasa depa ni dah salah faham ni.ini bahaya.gua bukan dilamun cinta si dara raksasa tu lah!adoi la kawan-kawan.gua seronok kacau si dara raksasa macam itu,ok?itu sahaja.tiada lebih dari itu.dari gua ada hubungan dengan beliau,adalah baiknya gua demamkan hannah tan yang gua mimpikan minggu lepas.adalah baiknya gua bercinta dengan lamb of god.gua rela patah tengkuk sebab muzik dari badan sakit bahana si dara raksasa.haha.

jangan salah faham lagi,kawan-kawan.mungkin cara gua yang keterlaluan dengan "sayang","ailebiu" semua itu mengakibatkan salah faham ini.hiokhiokhiok(gaya kawan gua).layankan saja.tak perlu doakan kebahagiaan gua dengan si dara raksasa itu.tak perlu,ok?gua sentiasa doakan kebahagiaan kita semua.


satu lagi,sila faham yang gua memang seorang yang suka flirt.tapi masih berbatas kadar gatal gua.kahkahkah.

(tuhan,gua minta kekuatan daripadamu untuk selindungkan rasa hati.)

pecah kepala.

fuyoh!gua naik fobia dengan "pecah kepala".perkataan yang membuka ribuan makna buat gua.(tiba-tiba teringat "pecah kepala")

"pecah kepala" pernah menggelapkan masa depan gua satu ketika dulu.saat gua masih pakai seluar warna hijau air tebu.insiden berdarah yang takkan gua buang dari kotak minda.nasib gua baik,tak hilang nyawa kawan.kalau tak,dah bergelar banduan juvana lah diri gua.gua minta maaf,kawan.

"pecah kepala"  telah membuka satu pintu untuk hidup gua.walaupun gua dicerca sebagai jahat oleh pelbagai pihak,gua sedar yang setiap manusia mampu berubah.gua pernah menangis sebab dah tak mampu tahan cacian.gua pernah cuba tak berkawan  kerana rendahnya tahap diri.tapi,lama mana sangat nak tahan hidup seorang?boleh gila.

terima kasih,masyarakat sekeliling sebab cacian dan hinaan dari anda mungkin telah berjaya membuatkan gua jatuh.takkan dah jatuh,terus meniarap?gua bangkit bangun dari gelap.gua teruskan hidup dan gua harap gua mampu kekal sebagai diri sendiri yang baru.amin.

(masih berselindung sebalik senyuman.)

p/s : kakak,gua nk kongsi cerita ni.mana lu?

Ahad, 17 Julai 2011

alhamdulillah,syukur.

fuyoh!syukur,alhamdulillah,bernafas lagi gua saat ini.siap mampu sedut asap kelabu membunuh,termenung tatap matahari siram alam lagi.

indah ciptaan tuhan.cukup cantik gua rasa saat ini.menulis bait sambil sinar pagi suluh muka.cantik.osem.tapi sayang,sebentar saja lagi,hiruk pikuk kotaraya serta bunyi bising sekeliling mencacatkan permandangan.biasalah.memanglah hari ahad,tapi tak semua warga kotaraya cuti.rezeki kena usaha.gua dah lali dengan segala macam benda yang mencacatkan keadaan.rumah tepi jalan,apa lagi lu mau?

entah apa lagi mahu gua baitkan.macam dah takda apa dalam otak.sekadar bersyukur gua masih bernafas.
(gambar copet internet.)

*sampai bila insan akan sedar erti syukur?

(masih berselindung di balik senyuman.)

gila.

fuyoh!ini masa,gua rasa gila.memang gila.saja jadi gila kot?gua pilih cara seronok untuk hilangkan masalah.(bukan salahguna dadah!)akibatnya,gua gila.hilai tawa sudah cukup membuatkan gua gila. XD

*si dara raksasa,sila sabar dengan kerenah gua.kahkahkah.

p/s : sampai bila nak selindung?

Jumaat, 15 Julai 2011

celaka.

takda fuyoh!ini celaka!annei,lain kali kasi tukar itu tandas punya pintu lah!sudah kasi celaka sama gua lah ini macam!naik biru muka gua tahan bau taik.pintu boleh takda tombol dalam!sial lah lu,annei!

gurauan semata.

fuyoh!ini tak mungkin terjadi.tak mungkin.gua tak mungkin bersama dengan kawan gua sendiri.*amboi!main jujur terus nampak?selalu main bunga? hahaha.gila lah lu orang,kawan-kawan.sampai hati lu orang bahan sampai merah muka gua.sememangnya gua kan seorang yang suka bergurau?tak perlu kot ambil serius hal ni.

tak perlu kot gua senaraikan nama mereka-mereka yang terlibat membahan gua dan bekas gadis berbaju belang hitam hijau.gua harap apa yang mereka-mereka ini doakan tak tercapai!(jahat mulut gua!)sememangnya satu seksa tubuh badan dan mental gua.dah macam punching bag bak kata penjajah.habis merah sana sini serata badan.seksa,seksa. *bodoh,depa dah makin tak faham lu punya bait.

ok.gua cerita.gua ada keluarga baru di tempat baru gua ni.ada uda,ada lah dara.maka oleh itu,kami semua ini amatlah rapat sekali.nak dijadikan cerita,seorang dara raksasa ini selalu menjadi tempat curahan rasa gua bilamana gua ada masalah dengan cik muncung(sekarang gua dah tak ada apa-apa dengan cik muncung,kbai cik muncung! :D).oleh itu,gua dengan secara tidak langsung selalu lah membahan si dara raksasa ni,dan akibatnya,si dara raksasa selalu bagi gua hadiah berupa penampar,cubitan maut,serta penumbuk di serata ceruk badan gua.

antara bahan yang kira merangsang insan lain terhadap gua dan dara raksasa : sayang,ailebiu,cinta hati,macam-macam lagi lah.semua tu memang gua yang lafaz,tapi maksud tak ikut sekali.tertinggal di lubuk neraka.maka jadilah cerita bahawasanya gua dan si dara raksasa menyimpan suatu cerita rahsia antara kami.nahh!makin kesian pula si dara raksasa menahan tuduhan melulu.sumpah,gua seronok kacau orang sampai macam ni tahap.

si dara raksasa yang baru(tak baru sangat pon!) putus cinta (rasanya?) dengan si thespian,dan gua pun bergelar Lucifer jahanam yang masih bujang.mungkin,insan-insan tersebut rasa gembira jika kami ada sesuatu.ini GILA!this is mad.acest lucru este nebun bak kata insan dari romania.sememangnya gua minta dari dijauhkan jodoh gua dengan si dara raksasa,sebab memang kami dah ada hubungan : rakan.
(cuba teka,mana satu si dara raksasa?)
*kalau dah jodoh,tak ke mana.


p/s : tuhan,tolong gua.gua dah tak mampu selindung rasa hati gua dengan gelak tawa dan senyuman.

Sabtu, 9 Julai 2011

sembilan julai.

fuyoh.sembilan julai.tak perlu gua rungkaikan mendalam apa jadah tarikh hari ini.umum dah masak dengan tarikh keramat baru untuk malaysia tercinta.hari ini,pada tarikh sembilan julai tahun dua ribu sebelas,rakyat bangun atas dasar keamanan(berbalas dengan "demokrasi").ya!gua cintakan malaysia!sebab itu gua membersihkan diri gua dengan berbaju kuning hari ini.(ini kira bersih paling jahanam,sebab amma tak bagi gua pi perhimpunan.sedih tau.)tapi takpa,asalkan umum faham akan jiwa belia lucifer gua yang sayangkan negaranya dan tak mahu lihat negara berantakan masa depan.

gua tabik hormat akan rakyat yang datang dari tempat berjarak demi perhimpunan aman hari ini.dan seperti sedia maklum,rakyat malaysia tercinta yang berada di luar negara turut sama membersihkan diri mereka di tanah masing-masing berdiri.united kingdom,ireland,amerika syarikat,taiwan,australia,jepun dan ada lagi negara yang bertempatnya rakyat kita.alhamdulillah,golongan mereka turut sama sayangkan negara.mereka ini jelas faham akan situasi negara tercinta yang semakin hari semakin pincang.syabas,rakyat!

semata-mata sembilan julai,rakyat dalam malaysia dari serata pelosok bersusah-payah menghadirkan diri untuk perhimpunan aman."timur ke barat,selatan ke utara",semua yang berjiwa sayangkan negara turun ke kotaraya untuk berhimpun.haih.kalaulah amma bagi gua pi berhimpun,boleh menangis gua tengok beribu insan yang sama hati dengan gua.tak lupa,mereka yang turun ke kotaraya untuk berhimpun ini melalui satu perjalanan yang sukar,gua rasa.sebab semalam gua ada tanya cikgu gua yang kawan sekolah gua dulu kata,kembar Timbaland,cikgu zikri.dia bengang celaka sepanjang perjalanan.di sekat di tapah,perak.polis sekat jalan dah macam ada banduan lari.ya,agak celaka di situ.*semoga selamat sampai dan pulang,cikgu dan semua peserta perhimpunan.di kotaraya pon dah semua jalan ditutup dengan sekatan barua kerajaan pengecut.kesian,bacul rupanya!

sebagai senang kata,sembilan julai,hari ini adalah untuk masa depan negara.siapa lagi nak tadbir negara kita kalau bukan kita sendiri?golongan belia macam gua,dan belia masa depan tak sanggup duduk,goyang kaki,sedut asap rokok sambil tengok negara lingkup.semoga hari ini berjalan lancar tanpa sebarang kecelakaan dari pihak tidak bertanggungjawab.amin.

hari ini untuk masa depan.

*gambar main sebat!
(selamat menyambut sembilan julai!)

Jumaat, 8 Julai 2011

patut atau tak patut?

fuyoh!gua makin keliru dengan pilihan yang patut gua buat dalam hidup.macam-macam dugaan yang Maha Agung turunkan.

*patut atau tak patut gua minta maaf kat cik muncung atas ke-haram jadah-an mulut gua?
*patut atau tak patut gua terima cik muncung semula?
*patut atau tak patut gua turun padang sabtu ni?(bersih 2.0)
*patut atau tak patut gua terus terang dengan amma yang gua dah gunakan duit yuran?(hehe)
*patut atau tak patut gua buat apa yang gua madahkan kat atas ni?

solusi :
*cik muncung,gua minta maaf.memang gua kepala angin sikit.banyak lagi masalah gua.lu sendiri pon tau gua dengan masalah ni dah macam najis dengan jamban.kan?gua susah sikit kalau dah angin kat lu,cik muncung.macam-macam nak hambur.maafkan gua,cik muncung.oh ya!gua tak dapat nak terima lu balik.sebab gua tak nampak ikhlas di situ.kalau ada jodoh kita,adalah cucu untuk amma appa.
*bersih 2.0 - gua tak pi kot sebab amma dah pesan.selalunya,kalau mulut amma sebut polis ni mesti ada nak jadi macam-macam.oleh kerana itu,gua ambil keputusan untuk tak pi bersih 2.0 walaupun appa kasi lampu hijau untuk gua turun padang.(appa,simpan stok tembakau jawa banyak-banyak.nanti pulang,gua pau.hehe)
*duit yuran tu,nanti lah gua cari jalan nak selesaikan.tak payah bagitau amma kot.nanti dia hantar caci-maki berserta kuali terbang dari rumah.hehehe.

oleh itu,gua harap hidup gua akan berjalan dengan lebih tenang.
dengan iringan lagu irama metal,gua layari malam(pagi kot?) dengan kepulan asap.
(gua suka dengan lukisan abstrak ini,pelbagai makna tersirat dan tersurat yang tersimpul bersama)

p/s : terima kasih,kakak,atas leteran lu yang kalah leteran amma.(lu hutang gua kapkek,kak.jangan lupa!)

Khamis, 7 Julai 2011

skandal?

fuyoh!dengan ini,gua memaklumkan bahawa taraf skandal tu rendah.sudah pasti kalian hairan apa punca tiba-tiba gua kata itu macam,kan?seingat gua lah,gua tak pernah main skandal-skandal ni.tak gentle bak bahasa penjajah.dah alang-alang nak main gadis,lepas main,tinggal.apa jadah tunggu lama dok kesah jadi skandal-sundal pulak?baik tukar-tukar gadis dari pegang status skandal.jatuh ke bumi testis gua kalau main skandal.(kalau ada yang mengaku skandal dengan gua,mari jilat tapak kaki gua.)(sekadar ingatan sebelum teruskan tafsir madah gua : ini cuma pandangan gua terhadap taraf.bukan gua nak hina makhluk yang ber-skandal.maaf kalau sakit hati.)

sebab apa gua tulis ini madah?sebab cik muncung ajak gua skandal.ini memang gua terus terang.dulu cik muncung pernah jadi gadis pujaan gua.sampai dah jadi milik gua,tunggu nak ikat.(memang takkan ikat dalam masa dekat la,muda lagi)pernah naik sebagai pasangan syaitan/malaikat di sekolah banyak S.(dah lupa,samada haji abah atau pak nord yang cakap.)dah hampir tiga tahun,tiba-tiba hancur.sampai gua boleh suka bunga semata-mata nak buang cik muncung.namun dengan itu,(amboi!)gua tak mampu tipu diri gua, yang masih ada nama cik muncung.demam gua sebab bunga pon mai hanya sebentar.kira sekarang,gua dengan cik muncung tak ada apa-apa hubungan lah.tiba-tiba nak skandal?apa jadah bodoh cik muncung?gua dah lamar lu jadi suri sementara nak tunggu halal,lu tolak.nak ajak skandal?waras kah lu?agak-agak lu lah,cik muncung,apa yang gua rasa bila lu nak macam ni?gua bukan marah lu sebab lu blok gua.itu lu punya masalah,bukan gua.gua tak marah sebab si F(uck) yang lu seronok sangat sembang tu.gua bengang sebab lu bengap.bukan salah gua kalau lu bengang dengan gua.memang tabii gua cakap kasar macamni.lu tak faham kot apa ada dalam hati gua.kalau lu pernah cakap gua dah berubah,ya!memang gua dah berubah.sebab lu sendiri.sebab gua sendiri nak berubah.gua dah tak yakin dengan hati gua sendiri.ada lagi sayang akan cik muncung,tapi kalau nak skandal - " boleh mampus!".
p/s : jangan sampai rasa ini lenyap,cik muncung.gua takmau.

Jumaat, 1 Julai 2011

sekadar cukup.

"motto bagi semua perkara ialah,
saya ni teruk,saya kena buat lebih baik,
saya harus bekerja dengan lebih keras"
Julian Casablancas,The Strokes.

"When the race gets hard to run, it means you just can't take the pace.Rise O fallen fighters, rise and take your stance again, He who fight and run away, live to fight another day"
Bob Marley.


*gua sedar gua tak cukup elok lagi,oleh itu gua pegang kata-kata Julian Casablancas.
*lari dari medan perang bukan bererti takut atau kecut,itu membuatkan kita masih ada peluang untuk berjuang di masa depan,terima kasih Bob Marley.

sekeping gambar mampu menyimpan pelbagai makna di sebaliknya.

Isnin, 27 Jun 2011

puisi : senjata : ???

klik sini,baca sendiri. (tukartiub)

fuyoh!dah makin menjadi-jadi pihak-pihak jahanam ni.sasterawan agung negara pon kena siasat?dikatakan bahawa menyebarkan hasutan,disiasat di bawah Akta Hasutan.sememangnya zaman sekarang ni,bait-bait madah sudah seumpama senjata.cuba hangpa kaji betui-betui puisi A.Samad Said tu,hasutan celaka apa?

Unggun Bersih 

Semakin lara kita didera bara—
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.

Lama resah kita—demokrasi luka;
lama duka kita—demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!

Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.

Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.

A.Samad Said- 2011


ini senjata?hangpa dah gila ka?
ini yang kata negara demokrasi?
ini yang kata "rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan"?


bagi dulu apa yang rakyat minta,yang lain belakang cerita.bukan kami minta benda bukan-bukan,pakcik-pakcik sekalian.nak tunggu belia berontak baru nak bagi kot?sila rasa malu,sebab kami golongan belia pon dah mula sedar pincang tak pincang negara kita.tak payah la sampai nak ISAkan peserta demo.tak payah la siasat sasterawan agung negara tu,dia bukan buat salah apa pon.apa yang kami nak,cuma adilkan apa yang tak adil.itu sahaja.kalau belia bangun lagi ramai,toksah kata bersih,sampai licin kami sapu!!haha.


(gua bukan ahli pemuda mana-mana pihak.gua baru sembilan belas tahun,19.tak layak mengundi lagi pun,tapi kalau dah macam-macam dengan keadaan negara kesayangan gua ni sekarang,toksah harap gua dan barisan belia yang sedar keadaan negara sekarang nak mengundi.ok?


(lagi satu,amma pesan awal lagi kat gua : "lu jangan turun demo,bang!kalau kena tangkap,sia-sia hidup.".gua tak turun demo,cukup gua pakai baju Harimau Malaya pada sembilan julai.)

Jumaat, 24 Jun 2011

harimau..harimau..harimau..harimau malaya!


fuyoh!gua memang macam dah gila tengok vokalis band marionexxes ni.dah macam mamat dadah dah beliau ini!hahaha!lu stone ka,mat?hadoi..stage tu kecik ja kot,mat.lu siap boleh merangkak-rangkak keliling stage tu.apa jadah mat?gua percaya,lu mesti tengah stone kan?hahahaha.apa-apa pon,lu memang rilek,mat!andai kata gua ada peluang jadi macam lu,gua nak buat tarian harimau sama macam lu,mat!hahahahaha...harimau..harimau..harimau..harimau malaya!

Khamis, 23 Jun 2011

aku ingin kembali...

sedar tak sedar,semakin jauh diri dari landasan,
semakin hitam titik-titik hidup,
semakin hilang norma jiwa,
semakin gelap insani sendiri.

Insan yang dulu suci jiwa,
Kini sesat dalam dunia
Yang dikejar untuk nikmat
Yang mengejarnya musibat

Bukannya tak sedar sesekali,
Rosak tak rosak hidup dalam dunia,
Cuma akal dimatikan
Azazil menjadi tuan.

Pabila tiba masa nikmat hilang,
Mula mencari jalan kembali
Nama tuhan berulang kali diseru,
“ya tuhan,ampunkan hamba!”

Masihkan ada cahaya untuk jiwa,
Bila hati dan minda turut serta gelap
Hilang dari sinar rahmat
Kurnia ilahi yang tak pernah disyukuri

Ya tuhan,aku mahu kembali
Lurus di landasan sucimu

Terima aku kembali ,tuhan
Aku ingin hembus nafas akhir dengan mulia
Bukan jijik dalam dosa durjana
Bukan hina jahanam celaka

Sememangnya aku tak layak ke taman firdaus mu,tuhan
Namun aku tidak sanggup menahan siksa neraka mu
Yang kau janjikan untuk umat hina seperti aku.
Cuma satu doaku setiap kali ku sujud kepada mu,
Terima aku kembali,tuhan yang esa.


 (ini hasil karya gua untuk subjek pengajian islam.gua bukan jenis ambil karya orang lain,ok?)

p/s : kakak,gua minta maaf. :(

Ahad, 19 Jun 2011

selamat hari bapa.

fuyoh!gua tak sangka gua akan tulis pasal ini,sebab gua kurang sikit nak bersayang dengan ayahanda gua!(neraka tempat kalau celaka macam gua,tau?!)
appa,kalau lu tau hati anak jantan tunggal lu ni,mesti lu kecik hati dengan gua,kan?amma selalu cakap,"apa lu minta appa tak bagi?",dan itu hakikat hidup gua.gua selalu minta duit,barang,malahan rokok daun tembakau jawa lu,appa.dalam masa sama,kalau gua tak dapat,gua akan mengamuk,(biasalah,jiwa remaja memberontak.nanti sampai hari gua jadi ayahanda,anak-anak gua balas balik "jasa" yang ayahandanya hulurkan kat tokwan depa).gua sedar,appa,gua bukan anak yang soleh,selalu ja kata-kata kurang enak lekat dekat muka lu.nasib baik buku lima pemberian long din tak lekat di muka lu dulu,appa.kalau tak,mungkin gua tak menaip semua bait-bait jahanam neraka ini.ramai orang hairan dengan anak jantan lu ni,appa.sebab depa nampak benci dalam mata gua bila sembang hal lu.tapi depa tak tau,jauh dalam jiwa insani lucifer ni masih sayang terhadap appa.hasil benih lu,gua bakal jadi manusia bergelar cikgu,pon macam appa.(dengan izin tuhan).semoga tuhan ampunkan dosa gua terhadap lu appa.dan semoga tuhan rahmati hidup lu appa.anak jantan lu sorang ni masih sayangkan lu,appa.ikhlas dari insani lucifer gua.semoga gua sempat balas segala yang lu curahkan kat gua appa.selamat hari bapa.

ni appa gua.Abd Wahid bin Ayob.
p/s : appa,kalau lepas ni gua masih macam biasa,sila maafkan anak jantan lu yang memang jahanam ini.haha.gua sayang lu,appa.

kamar seni dan mona lyssa.

fuyoh!hari ini boleh gua kata gua bernasib baik sebab dapat tengok kawan sekolah gua,Haiqal Charlie yang kini meningkat naik nama bersama kumpulan kugiran Mona Lyssa.mungkin ramai yang tak kenal depa ni.Mona Lyssa ni kira dok pukul naik la nama depa dalam UiTM,sebab depa semua anak-anak Sahul Hameed.(kalau salah eja nama,maaf.)berlokasi di Kamar Seni,Bandar Sri Permaisuri,Cheras,gua layan jiwa dengar rekording lagu baru(kot) depa ni.(Kamar Seni,milik AG Coco,gitaris Hujan).yang lebih untung nasib gua,rasanya gua dengar suara para artis bila main Counter-Strike.antara nama yang mungkin(mungkin)terlibat berperang dengan BOT ialah Noh Hujan,Ully Awanband,AG sendiri,serta beberapa nama lagi.depa seronok main lepas menyembahkan diri di ICT(kata Moja).cakap banyak pun tak guna,tembak pun tak kena(ayat Ah Chai @ Johan RL),kalau nak tau lebih lanjut pasai band yang makin pukui naik ni,nah...
Mona Lyssa.

(maaf,gua terkejut dengan muka AG tiba-tiba tersembul di muka pintu studio tadi.)

Jumaat, 17 Jun 2011

Anonymous : Operation Malaysia

Greetings, Malaysia,

We have seen the censorship taken by the Malaysian government, blocking sites like The Pirate Bay, and WikiLeaks. Malaysia is one of the world’s strictest governments, even blocking out movies, and television shows. These acts of censorship are inexcusable. You are taking away a basic human right. The internet is here for freedom, without fear of government interference. Do not think that no one else notices. Your structured government has done the talking, and we hear loud and clear. Let this be an announcement to all your people. This is a sign, a warning, and an opportunity to listen to ideas above your own. In a way you are being stubborn. But how will this help anyone or your country. We fear that if you make further decisions to take away human freedom. We are obligated to act fast and have no mercy. For rules were meant to be broken. And corruption was meant to be washed away and forgiven. Now we will wash your corruption away so be prepared. Take this as a favor.

We are Anonymous.

We are Legion.

We do not forgive.

We do not forget.

Expect Us.



fuyoh!apa lagi mampu gua kata?gua tabik berlapik kain sulam emas kepada Anonymous yang berani mengambil langkah drastik membela nasib pengguna internet Malaysia.nak kata salah,lebih kurang semua pihak salah.sebab ikut turutan,si A muatnaik bahan ke internet,si B muatturun,si C edar.habis tu,si 0 yang hasilkan bahan macam mana nasib?tapi pihak haram jadah tu tak patut la tutup laman-laman sawang harus guna rakyat internet Malaysia!kebebasan penggunaan internet perlu sebab kami keluar duit untuk bayar bil,bukan cabut bulu punggung,pakcik.takkan nak habiskan duit tiket wayang semata-mata nak ulang tonton cerita yang sama?baik muatturun,boleh tengok sampai lebam kat rumah!
kalau kita fikir balik,Anonymous buat kerja bukan sebab bengang saja haram jadah itu tutup laman-laman terbabit,tapi dengan adanya korupsi dan penyelewengan dalam organisasi haram jadah.ini cuma luahan hati lucifer yang kalau kantoi,susah hidup sampai mati!memang jelas,nampak ketara ada jadah sumbang dalam organisasi.malu lah pakcik-pakcik pentadbir negara sekalian.kami golongan belia bukan duduk,hayun testis,sedut asap kelabu suci dari batang putih saja.kami teliti gerak-geri jijik kalian.sila ambil perhatian akan perkara ini,pakcik.
dalam berita tadi ada sebut lebih kurang macam ini,depa tak rasa perlu minta maaf kepada rakyat.ini jadah jahanam sebab apa yang jadi akibat jadah celaka hangpa!bila Anonymous sentap testis hangpa dengan Operation Malaysia,hangpa takut!celaka hangpa!cuba teliti kata-kata Anonymous,"And corruption was meant to be washed away and forgiven. Now we will wash your corruption away so be prepared. Take this as a favor."  apa cerita,pakcik?
hahaha.kalau tulis macam-macam,penjara tempat gua.susah pihak jadah celaka ni.tapi gua harap Operation Malaysia sumberkan peringatan tegas kat pihak tadi.kbai.

Ahad, 12 Jun 2011

bila dah bangang.

gua cari damai,mana hilang damai itu?
semalam gua nampak damai masih bernyawa di dunia,
sekarang gua cuma nampak hitam.
hitam pekat umpama nanah kotor diceritakan umpama dalam jahanam,
semakin gua cari damai itu,makin hitam gua jumpa dalam dunia.
bunuh sana sini,tikam sana sini,ludah sana sini,
waktu damai ada dulu,semua hitam ini tak ada depan mata,
yang ada cuma damai yang sentiasa membibitkan kata senyum.
masih ada damai itu mungkin,cuba cari dalam dunia hitam masa kini.
itu pun kalau jumpa,sebab ramai kata damai dah hilang.
mari bersama gua,cari damai yang hilang itu.
bukan untuk orang lain,untuk kita sendiri.
semoga jumpa damai.

(lepas baca suratkhabar,ini hasilnya...)

Jumaat, 10 Jun 2011

kali terakhir.

fuyoh!ini merupakan kali terakhir(mungkin??) gua tulis pasal bunga. sebab?gua dah berubah,mungkin.atau gua sengaja ubah akibat konflik yang serupa dengan kuping-kuping kelemumur bertaburan.bersepah.sebab makin lama gua rasa makin makan diri,dan makhluk sekeliling.bayangkan,makin mejadi parah. *semakin lain isinya. haha. gua tak mau ada hubungan yang akan musnah antara makhluk.oleh itu,gua rasa sebaiknya kembali kepada keadaan lama. menjadi kawan. bunga,kalau lu fikir gua kaki gadis,lu silap.satu ketika dulu memang itu jiwa gua.sekarang tidak lagi.manusia mampu berubah dengan sekelip mata,kan?jangan kata manusia lah,sedangkan rokok pon boleh masuk angin?macamana ni?oleh itu bunga,dengan ini,lu sudah kurang satu beban.cakap terima kasih cepat!haha. *gua sedang dalam mood metal ni. maafkan gua kalau isi jiwa gua bersepah. selamat tinggal.

(akibat lama tak atas talian.)
p/s : sila layan lagu ini.dahsyat.

Khamis, 26 Mei 2011

semalam,hari ini,esok

fuyoh!semalam adalah salah satu malam yang gua rasa takkan gua buang kenangan tu sampai mati.ya,gua akan ingat kenangan hal semalam.ketika waktu makin hampir nak ganti hari ini,gua dan kawan keluar lepak,macam biasa lah,hidup sebagai pelajar,remaja lagi!haha.sebenarnya dalam hati gua ada niat lain ajak kawan keluar lepak,sebab tu gua cakap kat beliau.."wei,ajak bunga sekali lah!"..haha.dari rumah,ke petronas sebab kawan gua ni nak tambah nilai kad touch-n-go beliau,lepas tu terus gua telefon bunga.."u nak keluar tak?jom la..esok kawan dah nak balik johor"..mulanya bunga kata takmau,nak buat kerja...hasil paksaan dari lucifer ni,bunga setuju!haha.(ayat manis ka gua ni?mana ada?!)mula sekali,lepak kedai makan Geng Upin Ipin!comel sial kedai ni!haha!gua masih belum berani mula ayat bunuh diri.gua rilek minum air kegemaran gua yakni jus epal sambil layan punca kematian yakni rokok!haha.lepak semakin lama,kedai dah nak tutup.gua ajak lepak kedai makan Sempeneh pulak!waktu kat sini mulanya kenangan gua,kawan,dan bunga idaman kami!haha!bunga bukak mulut dulu..."u suka kat i tak?" bunga tanya kawan gua.kawan dah muka ketat.gua dah risau,takut bertumbuk pulak gua dengan kawan kat situ!haha.terjadilah sesi luahan hati ke hati antara gua,kawan,dan bunga.sampai tiga kedai makan kami lepak semalam!sembang hal jiwa sahaja.sebab tu gua cakap gua takkan lupa kenangan semalam.banyak sangat benda yang timbul semalam,dan gua tak tipu,air mata lucifer menitis semalam.menitis gembira semua masalah dah selesai.

hari ini,gua bangun agak lambat.tapi kawan kejut gua.celik mata gua nampak beliau dah siap galas beg nak balik rumah.(gua minta maaf kawan kalau gua layan lu macam najis pagi tadi!haha!bukan lu tak kenal gua kalau bangun tidur macam mana!)lepas tu gua jabat tangan,biasalah,gua anak melayu wei!haha!dan kawan pun belah balik.seharian gua dok sorang kat rumah.yang lain semua hilang.agak haram jadah juga la gua rasa.ini mungkin ada kaitan dengan esok,gua rasa lah.sebab tinggal gua yang ada masalah dengan hari esok dalam kotak ni.isi kotak yang lain semua dah habis.gua SEORANG SAHAJA yang belum habis periksa!

esok pagi,jam sembilan(fuyoh!)gua ada periksa,bahana terakhir semester ini!Creative Thinking!budak-budak kelas gua semua berangin kat gua sebab masa kelas subjek ni,muka gua tak kelihatan!paling jelik sekali tengok muka gua,si laki muka cina tu.haha.(rasanya lah!)sepatutnya hari ini gua penuhi masa dengan telaah nota,tapi apa pun gua tak buat.oh ya!ada budak kelas gua pesan suruh jumpa miss R untuk ambil surat cinta dari HOD.gua dengan hati yang kering ni buat tak tau sampai sekarang.jangan buat esok sebelum gua masuk dewan periksa,kena tahan lepas tu tak boleh ambil periksa sudah!mati gua kalau appa tau gua dapat surat cinta HOD!doakan gua untuk periksa ya amma,appa,kawan-kawan?!

konklusi  : gua rasa suatu hari nanti tuhan akan tunjuk bunga sebenar kat gua,dan bunga tu bukan bunga yang gua idamkan sekarang.tapi kalaulah dapat bunga sekarang,alhamdulillah lah!gua dah jumpa erti sebenar persahabatan.lu bila lagi?dan gua rasa menyesal sebab terlalu berani luahkan apa yang jadi,sampai kawan kecik hati,tapi lepas sesi hati-ke-hati,gua harap gua dan kawan akan jadi lebih dari sebelum ni.(gua bukan kaum sodom,ok?haha!)untuk esok,gua tak yakin akan mampu pegang senjata dan perang.tapi takpa,sekadar cuba bunuh diri dalam dewan esok!haha.

(untuk masa dua minggu,gua takkan jumpa kawan,dan bunga.macam mana lah hidup gua?hadoi.gua doakan depa gembira kembali jumpa keluarga dan tak jumpa lucifer bawa bencana ni untuk dua minggu.)

p/s : terima kasih kawan,dan bunga sebab berjaya titiskan airmata gua. XD. semoga cepat selesai tiga segi ni.

Rabu, 25 Mei 2011

macam-macam

fuyoh!waktu tenang gua hampir hilang.gua dah tak mampu bertenang.memang gua dah cukup serabut macam tali kasut tak ikat kemas.masalah jiwa insan syaitan hina ni,masalah kewangan dengan nak langsai hutang dengan syarikat milik lelaki botak tapi manis ni lagi,dengan pelajaran yang dah makin hari makin jahannam.macam mana lagi?bunga,kalau la lu tau hati gua tengah rosak sekarang,mesti lu takkan faham jugak kan?tiap waktu gua ingat lu.nasib baik gua dah tak mengigau waktu lena.kalau tak,satu kotak isi manusia ni tau gua gilakan lu.haha.gua dah makin lemah dengan jiwa lucifer gua sendiri.gua makin jatuh,sebab bunga.masalah lain gua tak peduli sikit pun.masalah dengan bunga ni yang gua hairan kenapa susah sangat gua nak padamkan.kalau lu mau gua hilang boleh,tapi selagi tuhan tak tunjuk bunga lain dalam hidup gua,selagi itu lucifer dambakan bunga.gua ni walaupun lucifer,tapi gua tetap ada jiwa macam kuman kecil.gua sedar gua sedang tampar dinding konkrit yang memang takkan berganjak seinci pun,tapi gua doa lepas solat,dinding tu akan berganjak.insyaallah.kalau lu baca dan faham penulisan gua yang orang kata rosak ni,alhamdulillah.
sebut hal solat...cantik.sebelum ni gua memang susah la mau solat!(yalah,kata lucifer?)gua sentap lepas baca mesej appa..."orang islam yang baik tak tinggal sembahyang"terima kasih appa,sebab sedarkan gua.gua dah nekad nak tinggal semua benda ala neraka gua sebelum ni,nak tinggal jiwa lucifer ni ja.sebab gua masih sedar betapa hinanya gua di sisi tuhan yang satu.sila tegur gua kalau gua masih di jahannam.gua mau tukar ke tahap paling selesa,jannah.dan bila gua dah capai tahap jannah,gua harap bidadari yang tuhan agung janjikan adalah bunga.amin.

Isnin, 23 Mei 2011

periksa akhir semestar!

fuyoh!tepat jam dua setengah petang,23/05/2011,gua akan mula bertarung dengan raksasa-raksasa soalan maha brutal.bolehkah gua berjaya dalam ini medan tarung?tuhan saja tahu.selagi gua mampu pegang pen sebagai senjata,gua lawan sama itu raksasa soalan.haha.mungkin ini padah tuhan bagi sebab gua ponteng kelas lama sangat.siap kencing lecturer maha basah kepala.tapi alhamdulillah la,gua sedar lagi ada sikit sebesar kuman ilmu yang gua dapat masa masuk kelas itu hari!hahaha.ok lah.gua mau tutup mata dah ni.kelopak mata sudah berat bagai ada anak-anak lucifer sedang bergayut.selamat tutup mata,kawan.

Ahad, 22 Mei 2011

masih menjadi isu?

fuyoh!gua tak faham betui la hamba tuhan sorang ni.ada kan gua cakap,gaya penulisan kita tanda kita berani bermain dengan bahasa?lu benak sangat kot sampai tak faham bahasa melayu yang gua cakap ni?lu mau gua cakap bahasa apa?dua ja bahasa yang gua pakai,Bahasa Malaysia,Bahasa Inggeris. isu tulisan gua pon lu nak bikin macam yahudi lapaq tanah palestin?sumpah benak dari usia kecik.kesian mak lu,wei!kalau lu tak berani main dengan bahasa,cukup sekadar baca tulisan hasil tangan orang lain.ok?ni tak payah la sampai nak bahan gua ni kononnya perosak bahasa kebangsaan la,tak reti tulis ayat sastera lagi mau buat cantik la,macam2 la.apa lu ingat bahasa melayu sekarang ni semua betui ka?lu cakap bahasa melayu habis cukup baku ka?fuyoh.sebaik-baik bahasa melayu baku rakyat singapore sekarang ni,baik lagi bahasa bunga melayu kuno.ada lu tengok Hikayat Merong Mahawangsa?bahasa melayu lama maha kuno macam mana?cantik dak?ini cerita sebenarnya yang gua nak sembang di sini.lu orang negeri utara,baru sampai kota lu dah buat palat maha buruk perangai murtad daerah!haha.buat malu orang utara. XD nampak tak kebodohan di situ?kalau lu ikut pepatah sangat,macam ni la jadinya,kawan."di mana bumi dipijak,di situ langit dijunjung"?lu silap...sesuai untuk lu lah yang ni gua rasa..."di mana najis berselerak,di situ lah lu mau dok pi hurung!" hahaha.

*baik jadi macam buah oren bodoh ni.memang jelik pada mata orang lain,tapi ada masa dia buat benda betui.kan?

just feel better.nice.

She said I feel stranded
And I can't tell anymore
If I'm coming or I'm going
It's not how I planned it
I've got a key to the door
But it just won't open

And I know, I know, I know
Part of me says let it go
That life happens for a reason
I don't, I don't, I don't
Because it never worked before
But this time, this time

I'm gonna try anything to just feel better
Tell me what to do
You know I can't see through the haze around me
And I do anything to just feel better

And I can't find my way
Girl I need a change
And I do anything to just feel better
Any little thing that just feel better

She said I need you to hold me
I'm a little far from the shore
And I'm afraid of sinking
You're the only one who knows me
And who doesn't ignore
That my soul is weeping

I know, I know, I know
Part of me says let it go
Everything must have a season
Round and round it goes
And every day's the one before
But this time, this time

I'm gonna try anything that just feels better
Tell me what to do
You know I can't see through the haze around me
And I do anything to just feel better

I can't find my way
God I need a change
And I'd do anything to just feel better
Any little thing that just feel better

I'm tired of holding on
To all the things I ought to leave behind, yeah
It's really getting old, and
I think I need a little help this time!

Yeah

[Guitar solo]

I'm gonna try anything to just feel better
Tell me what to do
You know I can't see through the haze around me
And I do anything to just feel better

And I can't find my way
God I need a change
And I do anything to just feel better
Any little thing that just feel better 

mak,gua rindu mak!

mak,gua ni esok ada exam tau?gua ada bagitau lu kan,mak minggu lepas?fuyoh.mak tak tau,gua kat sini tiap2 hari ayat cakap nak setadi,tapi hakikat?hahaha.mimpi ja semua tu,mak.gua nak setadi ja,ada lah plan menarik yang susah gua nak lawan tarik tali dengan nafsu gua sendiri.*bukan nafsu serakah tau,mak?lu punya anak ni dah baik sikit sekarang!hahaha.gua baru sedaq,dari hari ke hari dengan bilangan kelas yang gua ponteng,gua tak rasa result gua elok la mak sem ni.nak kata lingkup tu,tak juga.tapi insyaallah la teruk.hehehe.untuk pengetahuan mak,dah dekat satu sem la jugak gua,anak mak yang mak kata pandai sangat ni ponteng kelas,kalau mak nak tau.kawan2 lain yang ponteng,madam mentor gua teros call depa punya parents,mak.ada tak mak dapat call pasal hal gua kat sini,gua tak masuk kelas la apa semua?ka kot2 mak ada dapat surat apa2 ka dari Mereka Selalu Untung ni?*kalau mak tak dapat,kakak dah buat kerja untuk gua la tu,mak!hehe. :D gua kena jumpa madam mentor gua,dia tanya sebab apa gua lama tak masuk kelas?gua kencing dia sampai basah skarf yang dia selalu pakai tu,mak!gua cakap gua baru lepas break-up dengan mak punya bekas menantu-tak-sah.(Z).dia bagi nasihat,sama macam yang mak selalu bagi kat gua,mak.sentap hati gua.tapi sekadar jarak masa singkat lah!haha.bukan mak tak kenal gua,insan yang keluaq dari rahim mak.kan?dari dulu gua tak pernah dengaq cakap mak,si botak tu apatah lagi kan?haha.berbalik kepada hal gua dengan madam mentor tadi..dia cakap sem lepas,gua ni,anak mak,best student dia!fuyoh!gua kembang umpama teratai sebentar.*sebab tu kot dia tak call mak???kawan merangkap kakak gua kat sini cakap,"lu dia punya best student,memang selamat lah kau!"tu sem lepas...sem ni gua rosak sikit...*sikit? kalau la mak tau hidup gua kat sini,mau mampus lu hentam gua dengan periuk nasi multi-function noxxa tu kan,mak?haha.ok lah mak.depan mata gua ni ada buku nota Introduction to Critical Thinking,sebab esok paper tu.tapi sekadar macam biasa saja gua buat buku ni.kalau mak ada kat sebelah,sumpah gua tekun setadi!ingat balik time sekolah rendah..mak punya paksa gua setadi.botak tu rilek ja.haha.sebab gua tak buat latihan yang cikgu mail kelip bagi,lu hentam gua dengan hanger tebai tu sampai patah hanger tu mak!mak ingat dak?haha.ok lah mak.semoga Tuhan sentiasa rahmati hidup lu,mak.gua sebagai anak jantan rosak dalam rumah tu sorang diri minta maaf la mak,kalau gua on the way balik,gua tipu mak lagi gua cakap gua tak jadi balik.hehe.bukan selalu gua nak kencing mak kan??doakan anak lu yang maha lucifer ni tau,mak?
ni la mak gua yang gua sanjung seumur hidup gua atas nyawa yang tuhan bagi.gua sayang lu,mak. :D

Jumaat, 20 Mei 2011

mesin masa wujudkah?

yeah.semakin hari hidup ni makin beranjak masa berlalu.bukan makin mengundur.tak perlu la mintak mesin masa doraemon yang maha khurafat tu.kalau betui la doraemon tu wujud,aku nak jadi insan pertama bunuh beliau.merosakkan minda rakyat.dulu bukan main lagi,kalau ada la mesin masa doraemon tu,saya nak minta supaya doraemon bagi balik masa saya yang terbuang.*apa jadah macam tu pulak?fantasi takkan jadi realiti lah,insan.sedaq sikit.selagi ada nyawa,guna elok2.ok? XD

Ahad, 15 Mei 2011

i'm not your enemy! get that?

I don't wanna stand beside you
I don't wanna try and feel the pain you're going through
'Till the death you'll see this through
Cold sweats, hallucinations
I wanna scream to show
The hell I'm going through
The addiction's taking you

Can you see me through bloodshot eyes (bloodshot eyes)
Should I fight for what is right or let it die
Now I'm choking on force fed lies
Do I fight or let it die

[Chorus]
I will fight one more fight
Don't break down in front of me
I will fight one more fight
I am not the enemy
I will try one last time
Are you listening to me
I will fight the last fight
I am not your enemy

Everyone is sick of caring
No silver lining on the cloud that covers you
Let it pour and soak you through
No hope, just desperation
So sit and wait for death
And pray it takes you soon
The addiction's taking you

Can you see me through bloodshot eyes (bloodshot eyes)
Should I fight for what is right or let it die
Now I'm choking on force fed lies
Do I fight or let it die

[Chorus]
I will fight one more fight
Don't break down in front of me
I will fight one more fight
I am not the enemy
I will try one last time
Are you listening to me
I will fight the last fight
I am not your enemy

Not your enemy
Not your enemy

Can you feel me through bloodshot eyes (bloodshot eyes)
Should I fight another night or let it die
Now I'm choking on every lie
Should I fight or let it die

[Chorus]
I will fight one more fight
Don't break down in front of me
I will fight one more fight
I am not the enemy
I will try one last time
Are you listening to me
I will fight the last fight
I am not your enemy