Khamis, 26 Mei 2011

semalam,hari ini,esok

fuyoh!semalam adalah salah satu malam yang gua rasa takkan gua buang kenangan tu sampai mati.ya,gua akan ingat kenangan hal semalam.ketika waktu makin hampir nak ganti hari ini,gua dan kawan keluar lepak,macam biasa lah,hidup sebagai pelajar,remaja lagi!haha.sebenarnya dalam hati gua ada niat lain ajak kawan keluar lepak,sebab tu gua cakap kat beliau.."wei,ajak bunga sekali lah!"..haha.dari rumah,ke petronas sebab kawan gua ni nak tambah nilai kad touch-n-go beliau,lepas tu terus gua telefon bunga.."u nak keluar tak?jom la..esok kawan dah nak balik johor"..mulanya bunga kata takmau,nak buat kerja...hasil paksaan dari lucifer ni,bunga setuju!haha.(ayat manis ka gua ni?mana ada?!)mula sekali,lepak kedai makan Geng Upin Ipin!comel sial kedai ni!haha!gua masih belum berani mula ayat bunuh diri.gua rilek minum air kegemaran gua yakni jus epal sambil layan punca kematian yakni rokok!haha.lepak semakin lama,kedai dah nak tutup.gua ajak lepak kedai makan Sempeneh pulak!waktu kat sini mulanya kenangan gua,kawan,dan bunga idaman kami!haha!bunga bukak mulut dulu..."u suka kat i tak?" bunga tanya kawan gua.kawan dah muka ketat.gua dah risau,takut bertumbuk pulak gua dengan kawan kat situ!haha.terjadilah sesi luahan hati ke hati antara gua,kawan,dan bunga.sampai tiga kedai makan kami lepak semalam!sembang hal jiwa sahaja.sebab tu gua cakap gua takkan lupa kenangan semalam.banyak sangat benda yang timbul semalam,dan gua tak tipu,air mata lucifer menitis semalam.menitis gembira semua masalah dah selesai.

hari ini,gua bangun agak lambat.tapi kawan kejut gua.celik mata gua nampak beliau dah siap galas beg nak balik rumah.(gua minta maaf kawan kalau gua layan lu macam najis pagi tadi!haha!bukan lu tak kenal gua kalau bangun tidur macam mana!)lepas tu gua jabat tangan,biasalah,gua anak melayu wei!haha!dan kawan pun belah balik.seharian gua dok sorang kat rumah.yang lain semua hilang.agak haram jadah juga la gua rasa.ini mungkin ada kaitan dengan esok,gua rasa lah.sebab tinggal gua yang ada masalah dengan hari esok dalam kotak ni.isi kotak yang lain semua dah habis.gua SEORANG SAHAJA yang belum habis periksa!

esok pagi,jam sembilan(fuyoh!)gua ada periksa,bahana terakhir semester ini!Creative Thinking!budak-budak kelas gua semua berangin kat gua sebab masa kelas subjek ni,muka gua tak kelihatan!paling jelik sekali tengok muka gua,si laki muka cina tu.haha.(rasanya lah!)sepatutnya hari ini gua penuhi masa dengan telaah nota,tapi apa pun gua tak buat.oh ya!ada budak kelas gua pesan suruh jumpa miss R untuk ambil surat cinta dari HOD.gua dengan hati yang kering ni buat tak tau sampai sekarang.jangan buat esok sebelum gua masuk dewan periksa,kena tahan lepas tu tak boleh ambil periksa sudah!mati gua kalau appa tau gua dapat surat cinta HOD!doakan gua untuk periksa ya amma,appa,kawan-kawan?!

konklusi  : gua rasa suatu hari nanti tuhan akan tunjuk bunga sebenar kat gua,dan bunga tu bukan bunga yang gua idamkan sekarang.tapi kalaulah dapat bunga sekarang,alhamdulillah lah!gua dah jumpa erti sebenar persahabatan.lu bila lagi?dan gua rasa menyesal sebab terlalu berani luahkan apa yang jadi,sampai kawan kecik hati,tapi lepas sesi hati-ke-hati,gua harap gua dan kawan akan jadi lebih dari sebelum ni.(gua bukan kaum sodom,ok?haha!)untuk esok,gua tak yakin akan mampu pegang senjata dan perang.tapi takpa,sekadar cuba bunuh diri dalam dewan esok!haha.

(untuk masa dua minggu,gua takkan jumpa kawan,dan bunga.macam mana lah hidup gua?hadoi.gua doakan depa gembira kembali jumpa keluarga dan tak jumpa lucifer bawa bencana ni untuk dua minggu.)

p/s : terima kasih kawan,dan bunga sebab berjaya titiskan airmata gua. XD. semoga cepat selesai tiga segi ni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan