Sabtu, 30 Julai 2011

salam ramadhan

hoyeh!
ramadhan datang lagi.
ramadhan lepas gua hanyut,
ramadhan ni macam mana?
semoga iman gua kukuh
dan takda bau rokok di siang hari dalam rumah ni.
tak mampu balik berbuka puasa bersama keluarga di sana.
takpa,keluarga di sini ada lagi.
semoga iman gua kukuh ramadhan kali ini.
amin.

(hari pertama ramadhan,hari pertama periksa tengah semester.berkecai otak gua!)

Isnin, 25 Julai 2011

sembang tiga beranak.

amma : "hang gila ka dok dengaq lagu-lagu macam ni?"


gua : "rilek lah,mak.lagu ja.bukan ada apa.."


appa : "you know you're right!" 


*bapak gua layan nirvana!osem!




(ini zaman gua masih di rumah.bukan gua tak perasan,bila kadang-kadang gua pasang cd nirvana,appa pon tumpang hentak kaki ikut irama.hahaha.osem tak appa gua?)


(lagi seminggu,tiba ramadhan.semoga ramadhan kali ini membuka pintu gelap gua.amin.)

Sabtu, 23 Julai 2011

osem.

fuyoh!

tadi mata gua bergenang cecair bila sembang hal "abang long kurus kering".
terima kasih,sahabat sehidup semati.kalau lu tak tolong bawak gua mai shah alam,teliti benda apa jadah MSU ni,gua tak berdiri di sini.lagu tema MSU pon kena dekat lu. " budi dan jasamu,kau sentiasa di hatiku...."

terima kasih,sahabat.banyak susah senang kita sama-sama walaupun baru dua tahun kita kenal.lu banyak bimbing gua jadi insan.gua ingat nama lu sampai bila-bila.sekali lagi terima kasih.

lu osem!

(tak perlu selindung dah kot?)

Khamis, 21 Julai 2011

lain macam.

sembilan belas julai : gua baran.

dua puluh julai : gua osem.

dua puluh satu julai : hati lain macam.

*apa celaka ni?gua nak osem setiap hari lah.haih.

*ini mungkin padah buat gua.


(terlampau selindung balik senyum,sakit.)

Selasa, 19 Julai 2011

dilamun cinta?kahkahkah.

fuyoh!gua rasa depa ni dah salah faham ni.ini bahaya.gua bukan dilamun cinta si dara raksasa tu lah!adoi la kawan-kawan.gua seronok kacau si dara raksasa macam itu,ok?itu sahaja.tiada lebih dari itu.dari gua ada hubungan dengan beliau,adalah baiknya gua demamkan hannah tan yang gua mimpikan minggu lepas.adalah baiknya gua bercinta dengan lamb of god.gua rela patah tengkuk sebab muzik dari badan sakit bahana si dara raksasa.haha.

jangan salah faham lagi,kawan-kawan.mungkin cara gua yang keterlaluan dengan "sayang","ailebiu" semua itu mengakibatkan salah faham ini.hiokhiokhiok(gaya kawan gua).layankan saja.tak perlu doakan kebahagiaan gua dengan si dara raksasa itu.tak perlu,ok?gua sentiasa doakan kebahagiaan kita semua.


satu lagi,sila faham yang gua memang seorang yang suka flirt.tapi masih berbatas kadar gatal gua.kahkahkah.

(tuhan,gua minta kekuatan daripadamu untuk selindungkan rasa hati.)

pecah kepala.

fuyoh!gua naik fobia dengan "pecah kepala".perkataan yang membuka ribuan makna buat gua.(tiba-tiba teringat "pecah kepala")

"pecah kepala" pernah menggelapkan masa depan gua satu ketika dulu.saat gua masih pakai seluar warna hijau air tebu.insiden berdarah yang takkan gua buang dari kotak minda.nasib gua baik,tak hilang nyawa kawan.kalau tak,dah bergelar banduan juvana lah diri gua.gua minta maaf,kawan.

"pecah kepala"  telah membuka satu pintu untuk hidup gua.walaupun gua dicerca sebagai jahat oleh pelbagai pihak,gua sedar yang setiap manusia mampu berubah.gua pernah menangis sebab dah tak mampu tahan cacian.gua pernah cuba tak berkawan  kerana rendahnya tahap diri.tapi,lama mana sangat nak tahan hidup seorang?boleh gila.

terima kasih,masyarakat sekeliling sebab cacian dan hinaan dari anda mungkin telah berjaya membuatkan gua jatuh.takkan dah jatuh,terus meniarap?gua bangkit bangun dari gelap.gua teruskan hidup dan gua harap gua mampu kekal sebagai diri sendiri yang baru.amin.

(masih berselindung sebalik senyuman.)

p/s : kakak,gua nk kongsi cerita ni.mana lu?

Ahad, 17 Julai 2011

alhamdulillah,syukur.

fuyoh!syukur,alhamdulillah,bernafas lagi gua saat ini.siap mampu sedut asap kelabu membunuh,termenung tatap matahari siram alam lagi.

indah ciptaan tuhan.cukup cantik gua rasa saat ini.menulis bait sambil sinar pagi suluh muka.cantik.osem.tapi sayang,sebentar saja lagi,hiruk pikuk kotaraya serta bunyi bising sekeliling mencacatkan permandangan.biasalah.memanglah hari ahad,tapi tak semua warga kotaraya cuti.rezeki kena usaha.gua dah lali dengan segala macam benda yang mencacatkan keadaan.rumah tepi jalan,apa lagi lu mau?

entah apa lagi mahu gua baitkan.macam dah takda apa dalam otak.sekadar bersyukur gua masih bernafas.
(gambar copet internet.)

*sampai bila insan akan sedar erti syukur?

(masih berselindung di balik senyuman.)

gila.

fuyoh!ini masa,gua rasa gila.memang gila.saja jadi gila kot?gua pilih cara seronok untuk hilangkan masalah.(bukan salahguna dadah!)akibatnya,gua gila.hilai tawa sudah cukup membuatkan gua gila. XD

*si dara raksasa,sila sabar dengan kerenah gua.kahkahkah.

p/s : sampai bila nak selindung?

Jumaat, 15 Julai 2011

celaka.

takda fuyoh!ini celaka!annei,lain kali kasi tukar itu tandas punya pintu lah!sudah kasi celaka sama gua lah ini macam!naik biru muka gua tahan bau taik.pintu boleh takda tombol dalam!sial lah lu,annei!

gurauan semata.

fuyoh!ini tak mungkin terjadi.tak mungkin.gua tak mungkin bersama dengan kawan gua sendiri.*amboi!main jujur terus nampak?selalu main bunga? hahaha.gila lah lu orang,kawan-kawan.sampai hati lu orang bahan sampai merah muka gua.sememangnya gua kan seorang yang suka bergurau?tak perlu kot ambil serius hal ni.

tak perlu kot gua senaraikan nama mereka-mereka yang terlibat membahan gua dan bekas gadis berbaju belang hitam hijau.gua harap apa yang mereka-mereka ini doakan tak tercapai!(jahat mulut gua!)sememangnya satu seksa tubuh badan dan mental gua.dah macam punching bag bak kata penjajah.habis merah sana sini serata badan.seksa,seksa. *bodoh,depa dah makin tak faham lu punya bait.

ok.gua cerita.gua ada keluarga baru di tempat baru gua ni.ada uda,ada lah dara.maka oleh itu,kami semua ini amatlah rapat sekali.nak dijadikan cerita,seorang dara raksasa ini selalu menjadi tempat curahan rasa gua bilamana gua ada masalah dengan cik muncung(sekarang gua dah tak ada apa-apa dengan cik muncung,kbai cik muncung! :D).oleh itu,gua dengan secara tidak langsung selalu lah membahan si dara raksasa ni,dan akibatnya,si dara raksasa selalu bagi gua hadiah berupa penampar,cubitan maut,serta penumbuk di serata ceruk badan gua.

antara bahan yang kira merangsang insan lain terhadap gua dan dara raksasa : sayang,ailebiu,cinta hati,macam-macam lagi lah.semua tu memang gua yang lafaz,tapi maksud tak ikut sekali.tertinggal di lubuk neraka.maka jadilah cerita bahawasanya gua dan si dara raksasa menyimpan suatu cerita rahsia antara kami.nahh!makin kesian pula si dara raksasa menahan tuduhan melulu.sumpah,gua seronok kacau orang sampai macam ni tahap.

si dara raksasa yang baru(tak baru sangat pon!) putus cinta (rasanya?) dengan si thespian,dan gua pun bergelar Lucifer jahanam yang masih bujang.mungkin,insan-insan tersebut rasa gembira jika kami ada sesuatu.ini GILA!this is mad.acest lucru este nebun bak kata insan dari romania.sememangnya gua minta dari dijauhkan jodoh gua dengan si dara raksasa,sebab memang kami dah ada hubungan : rakan.
(cuba teka,mana satu si dara raksasa?)
*kalau dah jodoh,tak ke mana.


p/s : tuhan,tolong gua.gua dah tak mampu selindung rasa hati gua dengan gelak tawa dan senyuman.

Sabtu, 9 Julai 2011

sembilan julai.

fuyoh.sembilan julai.tak perlu gua rungkaikan mendalam apa jadah tarikh hari ini.umum dah masak dengan tarikh keramat baru untuk malaysia tercinta.hari ini,pada tarikh sembilan julai tahun dua ribu sebelas,rakyat bangun atas dasar keamanan(berbalas dengan "demokrasi").ya!gua cintakan malaysia!sebab itu gua membersihkan diri gua dengan berbaju kuning hari ini.(ini kira bersih paling jahanam,sebab amma tak bagi gua pi perhimpunan.sedih tau.)tapi takpa,asalkan umum faham akan jiwa belia lucifer gua yang sayangkan negaranya dan tak mahu lihat negara berantakan masa depan.

gua tabik hormat akan rakyat yang datang dari tempat berjarak demi perhimpunan aman hari ini.dan seperti sedia maklum,rakyat malaysia tercinta yang berada di luar negara turut sama membersihkan diri mereka di tanah masing-masing berdiri.united kingdom,ireland,amerika syarikat,taiwan,australia,jepun dan ada lagi negara yang bertempatnya rakyat kita.alhamdulillah,golongan mereka turut sama sayangkan negara.mereka ini jelas faham akan situasi negara tercinta yang semakin hari semakin pincang.syabas,rakyat!

semata-mata sembilan julai,rakyat dalam malaysia dari serata pelosok bersusah-payah menghadirkan diri untuk perhimpunan aman."timur ke barat,selatan ke utara",semua yang berjiwa sayangkan negara turun ke kotaraya untuk berhimpun.haih.kalaulah amma bagi gua pi berhimpun,boleh menangis gua tengok beribu insan yang sama hati dengan gua.tak lupa,mereka yang turun ke kotaraya untuk berhimpun ini melalui satu perjalanan yang sukar,gua rasa.sebab semalam gua ada tanya cikgu gua yang kawan sekolah gua dulu kata,kembar Timbaland,cikgu zikri.dia bengang celaka sepanjang perjalanan.di sekat di tapah,perak.polis sekat jalan dah macam ada banduan lari.ya,agak celaka di situ.*semoga selamat sampai dan pulang,cikgu dan semua peserta perhimpunan.di kotaraya pon dah semua jalan ditutup dengan sekatan barua kerajaan pengecut.kesian,bacul rupanya!

sebagai senang kata,sembilan julai,hari ini adalah untuk masa depan negara.siapa lagi nak tadbir negara kita kalau bukan kita sendiri?golongan belia macam gua,dan belia masa depan tak sanggup duduk,goyang kaki,sedut asap rokok sambil tengok negara lingkup.semoga hari ini berjalan lancar tanpa sebarang kecelakaan dari pihak tidak bertanggungjawab.amin.

hari ini untuk masa depan.

*gambar main sebat!
(selamat menyambut sembilan julai!)

Jumaat, 8 Julai 2011

patut atau tak patut?

fuyoh!gua makin keliru dengan pilihan yang patut gua buat dalam hidup.macam-macam dugaan yang Maha Agung turunkan.

*patut atau tak patut gua minta maaf kat cik muncung atas ke-haram jadah-an mulut gua?
*patut atau tak patut gua terima cik muncung semula?
*patut atau tak patut gua turun padang sabtu ni?(bersih 2.0)
*patut atau tak patut gua terus terang dengan amma yang gua dah gunakan duit yuran?(hehe)
*patut atau tak patut gua buat apa yang gua madahkan kat atas ni?

solusi :
*cik muncung,gua minta maaf.memang gua kepala angin sikit.banyak lagi masalah gua.lu sendiri pon tau gua dengan masalah ni dah macam najis dengan jamban.kan?gua susah sikit kalau dah angin kat lu,cik muncung.macam-macam nak hambur.maafkan gua,cik muncung.oh ya!gua tak dapat nak terima lu balik.sebab gua tak nampak ikhlas di situ.kalau ada jodoh kita,adalah cucu untuk amma appa.
*bersih 2.0 - gua tak pi kot sebab amma dah pesan.selalunya,kalau mulut amma sebut polis ni mesti ada nak jadi macam-macam.oleh kerana itu,gua ambil keputusan untuk tak pi bersih 2.0 walaupun appa kasi lampu hijau untuk gua turun padang.(appa,simpan stok tembakau jawa banyak-banyak.nanti pulang,gua pau.hehe)
*duit yuran tu,nanti lah gua cari jalan nak selesaikan.tak payah bagitau amma kot.nanti dia hantar caci-maki berserta kuali terbang dari rumah.hehehe.

oleh itu,gua harap hidup gua akan berjalan dengan lebih tenang.
dengan iringan lagu irama metal,gua layari malam(pagi kot?) dengan kepulan asap.
(gua suka dengan lukisan abstrak ini,pelbagai makna tersirat dan tersurat yang tersimpul bersama)

p/s : terima kasih,kakak,atas leteran lu yang kalah leteran amma.(lu hutang gua kapkek,kak.jangan lupa!)

Khamis, 7 Julai 2011

skandal?

fuyoh!dengan ini,gua memaklumkan bahawa taraf skandal tu rendah.sudah pasti kalian hairan apa punca tiba-tiba gua kata itu macam,kan?seingat gua lah,gua tak pernah main skandal-skandal ni.tak gentle bak bahasa penjajah.dah alang-alang nak main gadis,lepas main,tinggal.apa jadah tunggu lama dok kesah jadi skandal-sundal pulak?baik tukar-tukar gadis dari pegang status skandal.jatuh ke bumi testis gua kalau main skandal.(kalau ada yang mengaku skandal dengan gua,mari jilat tapak kaki gua.)(sekadar ingatan sebelum teruskan tafsir madah gua : ini cuma pandangan gua terhadap taraf.bukan gua nak hina makhluk yang ber-skandal.maaf kalau sakit hati.)

sebab apa gua tulis ini madah?sebab cik muncung ajak gua skandal.ini memang gua terus terang.dulu cik muncung pernah jadi gadis pujaan gua.sampai dah jadi milik gua,tunggu nak ikat.(memang takkan ikat dalam masa dekat la,muda lagi)pernah naik sebagai pasangan syaitan/malaikat di sekolah banyak S.(dah lupa,samada haji abah atau pak nord yang cakap.)dah hampir tiga tahun,tiba-tiba hancur.sampai gua boleh suka bunga semata-mata nak buang cik muncung.namun dengan itu,(amboi!)gua tak mampu tipu diri gua, yang masih ada nama cik muncung.demam gua sebab bunga pon mai hanya sebentar.kira sekarang,gua dengan cik muncung tak ada apa-apa hubungan lah.tiba-tiba nak skandal?apa jadah bodoh cik muncung?gua dah lamar lu jadi suri sementara nak tunggu halal,lu tolak.nak ajak skandal?waras kah lu?agak-agak lu lah,cik muncung,apa yang gua rasa bila lu nak macam ni?gua bukan marah lu sebab lu blok gua.itu lu punya masalah,bukan gua.gua tak marah sebab si F(uck) yang lu seronok sangat sembang tu.gua bengang sebab lu bengap.bukan salah gua kalau lu bengang dengan gua.memang tabii gua cakap kasar macamni.lu tak faham kot apa ada dalam hati gua.kalau lu pernah cakap gua dah berubah,ya!memang gua dah berubah.sebab lu sendiri.sebab gua sendiri nak berubah.gua dah tak yakin dengan hati gua sendiri.ada lagi sayang akan cik muncung,tapi kalau nak skandal - " boleh mampus!".
p/s : jangan sampai rasa ini lenyap,cik muncung.gua takmau.

Jumaat, 1 Julai 2011

sekadar cukup.

"motto bagi semua perkara ialah,
saya ni teruk,saya kena buat lebih baik,
saya harus bekerja dengan lebih keras"
Julian Casablancas,The Strokes.

"When the race gets hard to run, it means you just can't take the pace.Rise O fallen fighters, rise and take your stance again, He who fight and run away, live to fight another day"
Bob Marley.


*gua sedar gua tak cukup elok lagi,oleh itu gua pegang kata-kata Julian Casablancas.
*lari dari medan perang bukan bererti takut atau kecut,itu membuatkan kita masih ada peluang untuk berjuang di masa depan,terima kasih Bob Marley.

sekeping gambar mampu menyimpan pelbagai makna di sebaliknya.