Selasa, 19 Julai 2011

pecah kepala.

fuyoh!gua naik fobia dengan "pecah kepala".perkataan yang membuka ribuan makna buat gua.(tiba-tiba teringat "pecah kepala")

"pecah kepala" pernah menggelapkan masa depan gua satu ketika dulu.saat gua masih pakai seluar warna hijau air tebu.insiden berdarah yang takkan gua buang dari kotak minda.nasib gua baik,tak hilang nyawa kawan.kalau tak,dah bergelar banduan juvana lah diri gua.gua minta maaf,kawan.

"pecah kepala"  telah membuka satu pintu untuk hidup gua.walaupun gua dicerca sebagai jahat oleh pelbagai pihak,gua sedar yang setiap manusia mampu berubah.gua pernah menangis sebab dah tak mampu tahan cacian.gua pernah cuba tak berkawan  kerana rendahnya tahap diri.tapi,lama mana sangat nak tahan hidup seorang?boleh gila.

terima kasih,masyarakat sekeliling sebab cacian dan hinaan dari anda mungkin telah berjaya membuatkan gua jatuh.takkan dah jatuh,terus meniarap?gua bangkit bangun dari gelap.gua teruskan hidup dan gua harap gua mampu kekal sebagai diri sendiri yang baru.amin.

(masih berselindung sebalik senyuman.)

p/s : kakak,gua nk kongsi cerita ni.mana lu?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan