Sabtu, 9 Julai 2011

sembilan julai.

fuyoh.sembilan julai.tak perlu gua rungkaikan mendalam apa jadah tarikh hari ini.umum dah masak dengan tarikh keramat baru untuk malaysia tercinta.hari ini,pada tarikh sembilan julai tahun dua ribu sebelas,rakyat bangun atas dasar keamanan(berbalas dengan "demokrasi").ya!gua cintakan malaysia!sebab itu gua membersihkan diri gua dengan berbaju kuning hari ini.(ini kira bersih paling jahanam,sebab amma tak bagi gua pi perhimpunan.sedih tau.)tapi takpa,asalkan umum faham akan jiwa belia lucifer gua yang sayangkan negaranya dan tak mahu lihat negara berantakan masa depan.

gua tabik hormat akan rakyat yang datang dari tempat berjarak demi perhimpunan aman hari ini.dan seperti sedia maklum,rakyat malaysia tercinta yang berada di luar negara turut sama membersihkan diri mereka di tanah masing-masing berdiri.united kingdom,ireland,amerika syarikat,taiwan,australia,jepun dan ada lagi negara yang bertempatnya rakyat kita.alhamdulillah,golongan mereka turut sama sayangkan negara.mereka ini jelas faham akan situasi negara tercinta yang semakin hari semakin pincang.syabas,rakyat!

semata-mata sembilan julai,rakyat dalam malaysia dari serata pelosok bersusah-payah menghadirkan diri untuk perhimpunan aman."timur ke barat,selatan ke utara",semua yang berjiwa sayangkan negara turun ke kotaraya untuk berhimpun.haih.kalaulah amma bagi gua pi berhimpun,boleh menangis gua tengok beribu insan yang sama hati dengan gua.tak lupa,mereka yang turun ke kotaraya untuk berhimpun ini melalui satu perjalanan yang sukar,gua rasa.sebab semalam gua ada tanya cikgu gua yang kawan sekolah gua dulu kata,kembar Timbaland,cikgu zikri.dia bengang celaka sepanjang perjalanan.di sekat di tapah,perak.polis sekat jalan dah macam ada banduan lari.ya,agak celaka di situ.*semoga selamat sampai dan pulang,cikgu dan semua peserta perhimpunan.di kotaraya pon dah semua jalan ditutup dengan sekatan barua kerajaan pengecut.kesian,bacul rupanya!

sebagai senang kata,sembilan julai,hari ini adalah untuk masa depan negara.siapa lagi nak tadbir negara kita kalau bukan kita sendiri?golongan belia macam gua,dan belia masa depan tak sanggup duduk,goyang kaki,sedut asap rokok sambil tengok negara lingkup.semoga hari ini berjalan lancar tanpa sebarang kecelakaan dari pihak tidak bertanggungjawab.amin.

hari ini untuk masa depan.

*gambar main sebat!
(selamat menyambut sembilan julai!)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan