Jumaat, 8 Julai 2011

patut atau tak patut?

fuyoh!gua makin keliru dengan pilihan yang patut gua buat dalam hidup.macam-macam dugaan yang Maha Agung turunkan.

*patut atau tak patut gua minta maaf kat cik muncung atas ke-haram jadah-an mulut gua?
*patut atau tak patut gua terima cik muncung semula?
*patut atau tak patut gua turun padang sabtu ni?(bersih 2.0)
*patut atau tak patut gua terus terang dengan amma yang gua dah gunakan duit yuran?(hehe)
*patut atau tak patut gua buat apa yang gua madahkan kat atas ni?

solusi :
*cik muncung,gua minta maaf.memang gua kepala angin sikit.banyak lagi masalah gua.lu sendiri pon tau gua dengan masalah ni dah macam najis dengan jamban.kan?gua susah sikit kalau dah angin kat lu,cik muncung.macam-macam nak hambur.maafkan gua,cik muncung.oh ya!gua tak dapat nak terima lu balik.sebab gua tak nampak ikhlas di situ.kalau ada jodoh kita,adalah cucu untuk amma appa.
*bersih 2.0 - gua tak pi kot sebab amma dah pesan.selalunya,kalau mulut amma sebut polis ni mesti ada nak jadi macam-macam.oleh kerana itu,gua ambil keputusan untuk tak pi bersih 2.0 walaupun appa kasi lampu hijau untuk gua turun padang.(appa,simpan stok tembakau jawa banyak-banyak.nanti pulang,gua pau.hehe)
*duit yuran tu,nanti lah gua cari jalan nak selesaikan.tak payah bagitau amma kot.nanti dia hantar caci-maki berserta kuali terbang dari rumah.hehehe.

oleh itu,gua harap hidup gua akan berjalan dengan lebih tenang.
dengan iringan lagu irama metal,gua layari malam(pagi kot?) dengan kepulan asap.
(gua suka dengan lukisan abstrak ini,pelbagai makna tersirat dan tersurat yang tersimpul bersama)

p/s : terima kasih,kakak,atas leteran lu yang kalah leteran amma.(lu hutang gua kapkek,kak.jangan lupa!)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan